BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Tuesday, October 4, 2016

Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah

Bertempat di Kem Sri Wangsa Semporna, pada 4 Okt 16 Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah telah diadakan semasa pasukan sedang melaksanakan Op Pasir Selatan Siri 4/2016. Serah Terima Tugas diantara Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin dan Lt Kol Adam Buqhary bin Amzah selaku Pegawai Memerintah yang baru dan disaksikan oleh Panglima 5 Briged Brig Jen Dato’ Pahlawan Haji Mohd Anuar Bin Rijaludin. Semasa mantan Pegawai Memerintah memberi ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga 22 RAMD di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah 22 RAMD. Beliau juga mengambil kesempatan dalam ucapan terakhirnya, supaya anggota 22 RAMD dapat membantu Pegawai Memerintah yang baru dalam menjadikan pasukan 22 RAMD sebagai sebuah pasukan yang cemerlang dan disegani. Selain itu juga, beliau berpesan supaya anggota menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan telus di dalam Op Pasir Selatan Siri 4/2016.

 Penyerahan Tongkat Kuasa di antara Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin dan
Lt Kol Adam Buqhary bin Amzah


 Ucapan Pegawai Memerintah Semasa Perbarisan Serah Terima Tugas Diadakan

 Acara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah




Monday, July 4, 2016

Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Darat Di Sandakan Bersama Panglima Tentera Darat

Pada 4 Julai 16, Majlis Berbuka Puasa bersama Panglima Tentera Darat telah diadakan bertempat di Masjid As-syakirin Kem Sri Kinabatangan, Sandakan Sabah. Walaupun sibuk dengan pelbagai tugas dan persiapan Hari Raya bersama keluarga, YM sanggup meluangkan masa bersama anggota yang tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman kerana menjaga keamanan perairan antarabangsa dan sempadan. Berkesempatan itu juga, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pasukan dan pasukan yang sedang menjalankan operasi di sandakan. Dalam ucapan yang disampaikan YM menitik beratkan keselamatan anggota semasa melaksanakan tugas walaupun jauh dari keluarga tersayang. Panglima Medan Timur, Lef Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar turut hadir dalam Majlis Berbuka Puasa warga tentera darat di Sandakan.

 Keserderhanaan YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (PTD) 
Berbuka Puasa Bersama Anggota 3 RS

 YM Jen Tan Sri Raja mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor Menyampaikan Sumbangan Duit Raya kepada Adik Qistina Thihani

 Ucapan Yang Disampaikan Oleh YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor

YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor Menandatangani Buku Lawatan Sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid As-Syakirin Kem Sri Kinabatangan

Saturday, March 26, 2016

Lawatan Jemaah Tertinggi Bakat Darat

Pada 23 hingga 25 Mac 2016, Bakat 22 RAMD menerima lawatan Pegerusi dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat. Seramai 15 orang Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat yang turut serta lawatan yang julung kali diadakan di Bn Ke-22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan Sabah. Pelbagai program telah diadakan bagi memenuhi aktiviti semasa lawatan antaranya Majlis Berbeku, melawat anggota kemalangan 3 Ton, melawat anak anggota yang kurang upaya, minum petang dan riadah di Rainforest Discovery Centre (RDC). Lawatan tersebut merupakan kenangan yang amat besar buat Bakat 22 RAMD kerana menjadi pilihan sebagai tuan rumah sempena lawatan Pengerusi dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat.
 Majlis Berbeku yang diadakan sempena lawatan Pengerusi dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat

 Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat menyampaikan sumbangan kepada anggota 
yang terlibat dalam kemalangan Trak 3 Ton

 Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin bermesra dengan adik Qistina

 Minum petang di English Teh House Pengerusi Bakat 22 RAMD bersama Pengerusi
 dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat

Bergambar kenangan Pengerusi Bakat 22 RAMD bersama Pengerusi
 dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat di Sepilok (Pusat Pemulihan Orangutan)

Sunday, February 21, 2016

Send Off Tim STTD Di Lapangan Terbang Sandakan

Pada 21 Feb 16, bertempat di Lapangan Terbang Sandakan warga 22 RAMD berkumpul bagi menghantar 1 x seksyen daripada Kompeni Bravo yang terpilih mewakili 5 Briged ke pertandingan Seksyen Tempur Tentera Darat yang di adakan di sekitar daerah Mentakab Pahang. Seramai 8 x anggota 22 RAMD yang terlibat diketuai oleh 1150977 Kpl Shahrul bin Paiman, memikul tanggungjawab yang berat dengan harapan dapat mengharumkan nama pasukan di peringkat yang lebih tinggi. Semasa di Lapangan Terbang Sandakan, Pegawai Memerintah 22 Ramd Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin sempat memberikan suntikan  semangat kepada anggota yang terlibat agar berjaya dalam pertandingan tersebut. 

Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin bersalaman dengan anggota Tim STTD

Penghantaran Tim STTD diiringi anggota Tambor pasukan 22 RAMD

Warga 22 RAMD bersalaman dengan Tim STTD

Saturday, February 20, 2016

Lawatan Ulung Panglima 5 Briged Ke Pasukan

Pada 19 Feb 16, pasukan telah menerima Lawatan Ulung Panglima Briged Ke-5 Ifantri yang baru Brig Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Mohd Anuar bin Rijaludin dan Pengerusi Bakat 5 Briged Datin Siti Rosma Jalina binti Hj Abdul Rahman ke Kem Sri Kinabatangan, Sandakan Sabah. Semasa lawatan beliau ke pasukan, beliau sempat meluangkan masa berjumpa bersama anggota 22 RAMD bertempat di Dewan Serbaguna 22 RAMD. Dalam ucapan beliau semasa perjumpaan dengan anggota 22 RAMD, beliau banyak menitik beratkan keselamatan anggota dalam melaksanakan tugas di Kem mahu pun semasa melaksanakan Operasi. Selain itu juga, beliau melawat bilik bujang kompeni bantuan yang terbakar akibat litar pintas. Di kesempatan itu juga, Pengerusi Bakat 5 Briged melawat isteri anggota di Hospital Duchees Of Kent, Sandakan. 
 Kumpulan Kawad Kawalan memberi hormat kepada Panglima 5 briged bertempat di Balai Pengawal 22 RAMD

 Perjumpaan Panglima 5 Briged bersama anggota 22 RAMD dan Team STTD di Dewan Serbaguna 22 RAMD

 Pegawai Memerintah mengiringi Panglima 5 Briged melawat tapak kebakaran Bilik Bujang Kompeni Bantuan

Perjumpaan Ahli Bakat bersama Pengerusi Bakat 5 Briged bertempat di Rumah Bakat Pasukan 22 RAMD

Monday, January 18, 2016

Aktiviti Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 22 RAMD

Pada 13 hingga 17 Jan 2016, pasukan telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang sambutan Hari Ulang Tahun tersebut. Pada 13 Jan 2016, Forum Perdana telah diadakan di Masjid As-Syakirin yang bertajuk Perjuangan dan Jihad Mengikut Perspektif Islam yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hamdani bin Omar (Mufti Sabah) merupakan program pembukaan bagi sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Yang Ke-37. Selain itu juga, sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan 22 Ramd kali ini dihadiri seramai 90 orang veteran 22 Ramd, turut hadir bersama Pegawai Memerintah Ke-2 pasukan 22 Ramd Lt Kol Hamzah bin Othman. Walaupun Batalion sibuk dengan penugasan latihan dan operasi, pasukan berjaya menjayakan sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 yang diadakan. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 22 Ramd, antaranya ialah Forum Perdana, Pertandingan Memasak, Pameran Skrap Book Pasukan, Pameran senjata dan sukaneka. Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 juga dibuka untuk orang awam bagi memeriahkan sambutan dan melihat aset-aset tentera yang dipamerkan.
 Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin memotong Kek Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 sambil diperhatikan oleh Pegawai Memerintah Ke-2 Pasukan 22 RAMD Lt Kol Hamzah bin Othman

 Veteran 22 Ramd melihat Skrap Book Pasukan yang mana terdapat gambar kenangan 
semasa mereka berkhidmat di Pasukan 22 RAMD

Forum Perdana Sempena Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Hamdani bin Omar (Mufti Sabah) dan Ustaz Awang Juri bin Awang Tahir

Sunday, January 10, 2016

Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Darat Di Sandakan Bersama Panglima Tentera Darat

Pada 1 hingga 9 Sep 2016, Pasukan telah melaksanakan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2016 bertempat di Kg Paris Satu, Beluran. Eksesais seperti ini merupakan eksesais tahunan dimana ia dilaksanakan pada setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsagaan anggota dan menguji tahap pengetahuan anggota dalam aspek ketenteraan. Seramai 5 Peg dan 118 Lain-lain pangkat yang terlibat dalam latihan ini. Penutupan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2016 di sempurnakan oleh Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin.
 Perintah Yang Disampaikan Oleh Kapt Saidi bin Mokhtar Sebelum Serangan Akhir

 Serangan Akhir Untuk Memusnahkan Khemah Musuh

Acara Bergambar Bersama Pegawai Memerintah Setelah Tamat Acara Penutupan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2016