Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Pasukan yang ke 34 telah diadakan pada 2 Jan 2014 bertempat di Padang Kawad 22 RAMD. Perbarisan ini terdiri daripada 19 pegawai dan 215 LLP. Pada perbarisan ini turut diadakan upacara serah terima tugas Pegawai Gerak di antara Mej Arif bin Mat Jusoh dengan Mej Adli Ifan bin Azmi. Mej Arif bin Mat Jusoh akan bertukar keluar ke Markas 4 Divisyen, Kuala Lumpur menjawat jawatan Kem Komandan. Di samping itu, majlis pemakaian pangkat juga dilaksanakan iaitu seramai 3 pegawai dinaikkan pangkat dari kapten ke mejar serta 43 anggota lain-lain pangkat telah dinaikkan pangkat mengikut pangkat masing-masing. Pegawai-pegawai yang terlibat adalah Kapt Muhammad Zuliadi bin Mail, Kapt Nur Iswadi bin Abd Razal dan Kapt Shapirun bin Hashim. Selain itu serah terima tugas Pegawai Rekod Pasukan di antara Kapt Muhammad Shazwan bin Safeii dan Kapt Noor Effendi bin Ajip, KSM-KSM Kompeni dan penyerahan jersi bola sepak dan bola tampar kepada Wisma Petanda Pasukan turut diadakan pada perbarisan ini. Ketua perbarisan ini adalah Mej Ramly bin Abu Bakar dan Ajutan Perbarisan adalah Kapt Wan Mohd Safuwan bin Wan Sabarudin manakala SMR perbarisan adalah PW 1 Salman bin Ibrahim.
|
Ketua Perbarisan Melapor kepada Pegawai Memerintah |
|
Serah Menyerah Pegawai Gerak Pasukan |
|
Serah Menyerah Pegawai Rekod Pasukan |
|
Serah Menyerah KSM Kompeni |
|
Pemakaian Pangkat Pegawai |
|
Pemakaian Pangkat Anggota |