BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Panji-Panji Pasukan

Detik bersejarah yang tidak dapat dilupakan oleh warga batalion ini setelah 22 tahun berkhidmat untuk negara adalah apabila batalion ini dikurniakan Panji-Panji Rejimen pada 08 Ogos 2001 di mana upacara tersebut disempurnakan oleh KDYMM SULTAN KEDAH TUANKU HJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Upacara yang bersejarah ini berlangsung semasa batalion ini berada di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah. Pegawai Memerintah pada ketika itu Lt Kol Fadzil bin Mokhtar dan dibantu oleh SMR pasukan PW I Baharin bin Safar. Pegawai Panji-Panji yang diberi penghormatan untuk menerima Panji-Panji tersebut ialah Leftenan Muda Hasbullah bin Mat Rahim.

Bagi menghargai pengurniaan dan tradisi pasukan ini, Panji-Panji pasukan akan diarak dengan penuh istiadat pada setiap tahun bagi dipertontonkan kepada semua warga pasukan.


Panji-Panji Pasukan

Pengurniaan Panji-Panji Pasukan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong 


No comments:

Post a Comment