Batalion 22 RAMD telah dikurniakan bendera yang berwarna
hitam sebagai latar belakang dan warna kuning melintang dari bawah sebelah kiri
ke atas sebelah kanan bendera tersebut.
Bentuk yang latar belakang hitam dengan berselangkan kuning
tua menandakan keakraban pasukan yang akan memikul segala tanggungjawab yang
telah diserahkan bagi mengawal keselamatan negara yang merdeka dengan semangat
yang tegas dan sentiasa menjaga kedaulatan Diraja manakala warna kuning melambangkan perkhidmatan di bawah
panji-panji Diraja dan hitam pula adalah warna yang biasa dipakai oleh
pahlawan-pahlawan Melayu dan menandakan keperwiraan, ketabahan dan keteguhan
Batalion.
"Lambang Pasukan"
Cogan kata pasukan adalah "BERJUANG TERUS BERJUANG” yang membawa
maksud batalion ini akan terus berjuang untuk mempertahankan agama,bangsa dan
tanah air.
No comments:
Post a Comment