BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Monday, January 18, 2016

Aktiviti Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 22 RAMD

Pada 13 hingga 17 Jan 2016, pasukan telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang sambutan Hari Ulang Tahun tersebut. Pada 13 Jan 2016, Forum Perdana telah diadakan di Masjid As-Syakirin yang bertajuk Perjuangan dan Jihad Mengikut Perspektif Islam yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hamdani bin Omar (Mufti Sabah) merupakan program pembukaan bagi sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Yang Ke-37. Selain itu juga, sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan 22 Ramd kali ini dihadiri seramai 90 orang veteran 22 Ramd, turut hadir bersama Pegawai Memerintah Ke-2 pasukan 22 Ramd Lt Kol Hamzah bin Othman. Walaupun Batalion sibuk dengan penugasan latihan dan operasi, pasukan berjaya menjayakan sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 yang diadakan. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 22 Ramd, antaranya ialah Forum Perdana, Pertandingan Memasak, Pameran Skrap Book Pasukan, Pameran senjata dan sukaneka. Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 juga dibuka untuk orang awam bagi memeriahkan sambutan dan melihat aset-aset tentera yang dipamerkan.
 Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin memotong Kek Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 sambil diperhatikan oleh Pegawai Memerintah Ke-2 Pasukan 22 RAMD Lt Kol Hamzah bin Othman

 Veteran 22 Ramd melihat Skrap Book Pasukan yang mana terdapat gambar kenangan 
semasa mereka berkhidmat di Pasukan 22 RAMD

Forum Perdana Sempena Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-37 yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Hamdani bin Omar (Mufti Sabah) dan Ustaz Awang Juri bin Awang Tahir

Sunday, January 10, 2016

Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Darat Di Sandakan Bersama Panglima Tentera Darat

Pada 1 hingga 9 Sep 2016, Pasukan telah melaksanakan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2016 bertempat di Kg Paris Satu, Beluran. Eksesais seperti ini merupakan eksesais tahunan dimana ia dilaksanakan pada setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsagaan anggota dan menguji tahap pengetahuan anggota dalam aspek ketenteraan. Seramai 5 Peg dan 118 Lain-lain pangkat yang terlibat dalam latihan ini. Penutupan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2016 di sempurnakan oleh Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin.
 Perintah Yang Disampaikan Oleh Kapt Saidi bin Mokhtar Sebelum Serangan Akhir

 Serangan Akhir Untuk Memusnahkan Khemah Musuh

Acara Bergambar Bersama Pegawai Memerintah Setelah Tamat Acara Penutupan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2016

Saturday, January 9, 2016

Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Daerah Sandakan

Pada 09 Jan 16, pasukan 22 Ramd telah menyertai perarakan Maulidurasul Peringkat Daerah Sandakan yang bermula daripada Padang Majlis Perbandaran Sandakan (PMPS) dan menamatkan perarakan di Masjid Besar sandakan yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Seramai 281 anggota pasukan 22 Ramd telah menyertai perarakan tersebut. Tujuan perarakan tersebut diadakan adalah untuk memperingati peristiwa penghijrahan Rasullah S.A.W dan para sahabat. Selain itu juga, Pegawai Memerintah 22 Ramd Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin turut serta dalam Perarakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Sandakan.  Kemuncak majlis sambutan Maulidurasul diadakan di Masjid Sandakan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Panglima Musa Hj Aman.
 Anggota 22 Ramd menyertai perarakan

 Pegawai Memerintah 22 Ramd bersama tetamu jemputan di 
Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Sandakan

Pegawai Memerintah mengiringi Ketua Menteri Sabah semasa Perarakan Maulidurasul