BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Monday, December 21, 2015

Mesyuarat Kebajikan Rejimen Bn Ke-22 RAMD

Pada 21 Dis 15, Mesyuarat Kebajikan Rejimen Batalion Ke-22 RAMD telah diadakan. Mesyuarat Kebajikan Rejimen tersebut telah di laksanakan bertempat di Dewan Serbaguna 22 Ramd. Tujuan mesyuarat kebajikan rejimen diadakan adalah untuk mencadang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota bawahan. Sepanjang Mesyuarat Kebajikan Rejimen dilaksanakan, Pegawai Memerintah Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin telah menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh anggota. Selain itu juga, banyak cadangan baru yang di unsurkan juga dapat di selesaikan. Pada kemuncak Mesyuarat kebajikan Rejimen tersebut, Pegawai Aset Pasukan Kapt Mohd Jamil bin Mansor membentang aset-aset Tabung Kebajikan Rejimen (TKR).



Mesyuarat Kebajikan Rejimen Bn Ke-22 RAMD yang dipengerusikan oleh 
Pegawai memerintah Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin

Friday, December 11, 2015

Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen

Bertempat di Padang Kawad pasukan 22 RAMD, pada 11 Dis 15 Perbarisan Serah Terima Tugas SMR telah di adakan. Serah Terima Tugas di antara PW I Juhana bin Jusof dan PW I Mohd Zaidi bin Abdul Majid selaku SMR 22 RAMD yang baru yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah 22 RAMD, Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin. Semasa ucapan mantan SMR 22 RAMD, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga 22 RAMD kerana memberi kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan tugas sepanjang beliau memegang jawatan SMR 22 RAMD.


Tandatangan Nota Serah Menyerah SMR 22 RAMD di antara PW I Juhana bin Jusof dan 
PW I Mohd Zaidi bin Abdul Majid disaksikan oleh Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin

Sunday, November 15, 2015

Eksesais Malus Amphex 2015

Pada 10 hingga 13 November 2015, Eksesais Malus Amphex 2015 telah dilaksanakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Latihan bersama yang telah dilaksanakan bagi tahun kedua ini menyaksikan pertemuan di antara pasukan 22 RAMD dan 15th MEU. Eksesais Malus Amphex 2015, dimulakan dengan latihan penyesuaian pendaratan Amfibi oleh pasukan 15th MEU dan juga penglibatan daripada kompeni Bravo 22 RAMD. Antara pengisian aktiviti di dalam Malus Amphex 2015 ialah perkongsian Ilmu Ikhtiar Hidup yang mana anggota 15th MEU diberikan penerangan dan tunjuk ajar berkaitan ilmu-ilmu di dalam hutan tropika. Pada acara kemuncak Eksesais Malus Amphex 2015, serangan hasil gabungan bersama pasukan 22 RAMD yang mewakili ATM dan 15th MEU mewakili USMC. Pendaratan ke pantai dengan bantuan pengangkutan khas, 10 buah AAV, serangan terus dilancarkan terhadap kubu-kubu sekitar persisiran pantai. Latihan akhir ini turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama dan Komander 15th MEU selaku tetamu kehormat.
Majlis Perasmian Eks Malus Amphex 2015 yang di rasmikan oleh Lt Jeneral Dato’ Sri Haji Sabri bin Adam bertempat di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, Sabah
      
Suasana kawasan latihan serangan akhir latihan Amfibi, dentuman tembakan 
dan letupan senjata api adalah sebahagian daripada senario yang dipamerkan

Penerangan berkaitan peralatan ikhtiar hidup gabungan pasukan 22 RAMD dan 10 RRD
 yang disampaikan oleh Kapt Redzuan bin Mashor

Gandingan antara pasukan 22 RAMD dan 15th MEU ketika melaksanakan Operasi Serangan 
sebaik mendarat di Pantai Kg Tanduo 
  
Anggota 22 Ramd dan USMC bermain Bola Sepak Pantai bagi mengeratkan lagi hubungan di antara anggota

Anggota Mortar 22 RAMD menunjukan cara menembak mortar sambil di perhatikan oleh Anggota USMC

Pegawai Memerintah 22 RAMD memberikan cenderakenangan kepada Ketua Kompeni USMC
 sebagai tanda kenangan latihan bersama pasukan 22 RAMD

Saturday, November 7, 2015

Program Kaya Budi Peringkat Mk AT 450

Pada 5 hingga 7 November 2015, Program Kaya Budi peringkat MK AT 450 telah diadakan di Kem PLKN Bagai Budi Sandakan. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari, seramai 89 peserta telah hadir dalam program tersebut. Sepanjang Program tersebut dijalankan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Explore Race, Kelas Pengajian Isi Rumah, dan sukan. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara ahli BAKAT di bawah naungan MK AT 450. Kemuncak Program Kaya Budi Peringkat MK AT 450 adalah penyampaian sijil kepada ahli BAKAT yang terlibat, penyampaian sijil tersebut di sempurnakan oleh Datin Zaubidah binti Mohd Zaid, Pengerusi BAKAT MK AT 450. 

Pegerusi BAKAT 5 BGD, Datin Siti Rosma Jalina binti Hj Abdul Rahman dan 
diiringi Pegerusi BAKAT  22 RAMD mendengar taklimat Program Kaya Budi 

Aktiviti Explore Race yang diadakan di Rainforest Discovery Centre 

Peserta didedahkan dengan permainan tradisional iaitu Permainan Galah Panjang 

Ketibaan Pengerusi BAKAT MK AT 450 di majlis makan malam yang di adakan di Dewan Serbaguna 22 RAMD dan 
di sambut dengan tarian tradisional negeri sabah “Tarian Mengalai”

 Majlis makan malam yang bertemakan Flora dan Fauna memeriahkan lagi suasana majlis makan malam 
dan persembahan lakonan oleh ahli BAKAT

 Pengerusi BAKAT MK AT 450 menyampaikan hadiah kepada pemenang pakaian bertemakan Flora dan Fauna


Saturday, October 3, 2015

Program Jiwa Murni Di Pulau Danawan

Pada 03 Oktober 2015, Program Jiwa Murni telah diadakan di Pulau Danawan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan penduduk kampung dengan pasukan keselamatan. Jenis-jenis bantuan yang diberikan adalah bantuan dari segi perubatan, pergigian dan berkhatan. Sepanjang Program Jiwa Murni dilaksanakan seramai 24 orang kakitangan Pasukan Keselamatan dan juga kakitangan Hospital Semporna telah terlibat dalam program tersebut. Selain itu juga, Program Jiwa Murni ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Bn ke-22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin. Program Jiwa Murni ini mendapat perhatian daripada penduduk kampung kerana di Pulau Danawan tidak terdapat kemudahan awam seperti Klinik Desa dan jauh dari Pekan Semporna. Dengan adanya program-program seperti ini dapat membantu penduduk kampung yang masih ramai ketinggalan dalam arus pemodenan. Apabila program ini diadakan, kita juga dapat meramalkan masih ramai penduduk yang mengalami kesempitan hidup sehinggakan mereka tidak mampu untuk membeli ubat dan juga menerima rawatan di Klinik

Program Jiwa Murni yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 22 Ramd
Lt Kol Md Hanafi Bin Shamsudin

Monday, September 28, 2015

Lawatan Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Di Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015

Pada 28 September 2015, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar telah melawat ke kawasan Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015. Semasa lawatan tersebut, beliau menyatakan harapan supaya menjalankan tugas dengan berhemah agar organisasi tentera darat disegani. Beliau juga, mengucapkan tahniah kepada Pegawai Memerintah kerana berjaya menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menangani isu-isu di perairan Semporna. Turut mengiringi lawatan tersebut, Panglima 5 Briged, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin. Selain itu, Panglima Medan Timur TD juga telah melawat ke kawasan tanggungjawab iaitu di Pulau Bohayen dan Pulau Pandanan. Dikesempatan itu juga, beliau telah berjumpa dan beramah mesra dengan anggota 22 RAMD dan 8 RRD (Para) di Pulau Pandanan.

Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar menandatangani buku lawatan 

Gambar kenangan anggota bersama Panglima Medan Timur Tentera Darat

Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar melawat Kg Bangau-Bangau 

Thursday, September 24, 2015

Sambutan Hari Raya Aidiladha Bersama Komander Angkatan Tugas Bersama 2

Pada 24 September 2015, Sambutan Hari Raya Aidiladha Bersama Komander Angkatan Tugas Bersama 2 telah diadakan di Markas Taktikal Kem Sri Wangsa, Semporna. Walaupun sibuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan Semporna, anggota keselamaatan berkesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha. Dalam suasana kesayuan jauh dari orang-orang tersayang anggota kesalamatan tetap tabah menjalani tugas yang dipikul, tidak wujud dalam kamus hidup erti penyesalan apatah lagi bait-bait keluhan dibibir. 

Khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Lt M Muttaqin bin Mulup

Penyembelihan Lembu Korban  yang di sempurnakan oleh Lt M Muttaqin bin Mulup

Pengagihan daging korban ke penempatan Op Pasir Selatan 

Jamuan Hari Raya Aidiladha bersama Komander Angkatan Tugas Bersama 2,
 Laksamana Pertama Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah

Jamuan Hari Raya Aidiladha bersama Komander Angkatan Tugas Bersama 2,
 Laksamana Pertama Syed Zahrul Putra Bin Syed Abdullah

Friday, July 10, 2015

Serah Terima Tugas Op Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015 Di Antara Pasukan 22 RAMD Dengan 7 RAMD

Pada 10 Julai 2015,  Seramai 3 Pegawai dan 42 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mej Zuliadi bin Mail terlibat dalam perbarisan Serah Terima Tugas Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015 diantara Pegawai Memerintah 22 RAMD dan Penolong Pegawai Memerintah 7 RAMD bertempat di Markas Taktikal Kem Sri Wangsa, Semporna. Pegawai Memerintah 22 RAMD mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan 7 RAMD kerana berjaya menamatkan Operasi Pasir Sektor Selatan dengan jayanya. Beliau juga berjanji akan meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya bagi memastikan perairan Semporna berada dalam keadaan selamat dari segala ancaman penceroboh. Acara diteruskan dengan menandatangani Nota Serah TerimaTugas Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015 disaksikan oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Laksamana Pertama   Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah.

Pegawai Memerintah 22 RAMD, Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin sedang menandatangani                 
Nota Serah Menyerah Tugas Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015  

Penolong Pegawai Memerintah 7 RAMD menyerahkan Nota Serah Terima Tugas
kepada Pegawai memerintah 22 RAMD

Pegawai Memerintah 22 RAMD, Lt Kol Md Hanafi Bin Shamsudin sedang tabik hormat