BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Saturday, January 25, 2014

Perbarisan Sembahyang Jumaat Sempena HUT Pasukan

Perbarisan sembahyang jumaat bersempena Hari Ulang Tahun 22 RAMD yang ke 34 telah diadakan pada 27 Disember 2013 di padang kawad pasukan. Perbarisan ini telah dihadiri seramai 11 pegawai dan 200 lain-lain pangkat. Ketua perbarisan adalah Mej Muzapar bin Abu Mansor, Ajutan perbarisan adalah Kapt Muhammad Jamil bin Abd Karim dan SMR perbarisan adalah PW 1 Salman bin Ibrahim. Selesai sahaja perbarisan, pegawai dan anggota berarak ke masjid pasukan bagi menunaikan sembahyang Jumaat serta mendengar khutbah khas yang bertajuk 'Berjuang Terus Berjuang'.


Perbarisan Sembahyang Jumaat Sempena HUT 22 RAMD.

Pegawai dan Anggota Bergerak ke Masjid Pasukan Diiringi Platun Tambor.


Khutbah Yang Disampaikan Oleh SSjn Mat Zaki bin Saad.

Jamuan Makan Sempena HUT 22 RAMD

Bersempena dengan HUT pasukan, satu majlis makan malam telah diadakan pada 27 Dis 2013 bertempat di Dewan Serbaguna 22 RAMD. Majlis ini dihadiri oleh semua peringkat anggota pasukan ini bersama dengan keluarga. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan band pasukan, persembahan oleh anggota-anggota kompeni serta cabutan bertuah. Pada majlis ini juga turut diadakan upacara penyampaian hadiah kepada anak-anak anggota yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan serta penyampaian hadiah kepada johan keseluruhan sukan antara kompeni bagi tahun 2013. Juara keseluruhan bagi tahun 2014 adalah Kompeni C.

Acara Memotong Kek oleh Pegawai Memerintah serta Wakil Wisma Perwira dan Bintara

Persembahan oleh Anggota Kompeni Bantuan

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Peperiksaan oleh Pengerusi Bakat Pasukan
Persembahan Anggota Kompeni B
Penyampaian Hadiah Johan Keseluruhan Pertandingan Sukan Antara Kompeni




Perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan ke 34

Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Pasukan yang ke 34 telah diadakan pada 2 Jan 2014 bertempat di Padang Kawad 22 RAMD. Perbarisan ini terdiri daripada 19 pegawai dan 215 LLP. Pada perbarisan ini turut diadakan upacara serah terima tugas Pegawai Gerak di antara Mej Arif bin Mat Jusoh dengan Mej Adli Ifan bin Azmi. Mej Arif bin Mat Jusoh akan bertukar keluar ke Markas 4 Divisyen, Kuala Lumpur menjawat jawatan Kem Komandan. Di samping itu, majlis pemakaian pangkat juga dilaksanakan iaitu seramai 3 pegawai dinaikkan pangkat dari kapten ke mejar serta 43 anggota lain-lain pangkat telah dinaikkan pangkat mengikut pangkat masing-masing. Pegawai-pegawai yang terlibat adalah Kapt Muhammad Zuliadi bin Mail, Kapt Nur Iswadi bin Abd Razal dan Kapt Shapirun bin Hashim. Selain itu serah terima tugas Pegawai Rekod Pasukan di antara Kapt Muhammad Shazwan bin Safeii dan Kapt Noor Effendi bin Ajip, KSM-KSM Kompeni dan penyerahan jersi bola sepak dan bola tampar kepada Wisma Petanda Pasukan turut diadakan pada perbarisan ini. Ketua perbarisan ini adalah Mej Ramly bin Abu Bakar dan Ajutan Perbarisan adalah Kapt Wan Mohd Safuwan bin Wan Sabarudin manakala SMR perbarisan adalah PW 1 Salman bin Ibrahim.

Ketua Perbarisan Melapor kepada Pegawai Memerintah

Serah Menyerah Pegawai Gerak Pasukan

Serah Menyerah Pegawai Rekod Pasukan
Serah Menyerah KSM Kompeni

Pemakaian Pangkat Pegawai

Pemakaian Pangkat Anggota

Friday, January 24, 2014

Program Jiwa Murni 22 RAMD

Program Jiwa Murni bersempena Hari Ulang Tahun Pasukan telah diadakan di Rumah Warga Tua Sri Harapan, Sandakan Sabah pada 28 Dis 2013. Program ini melibatkan 10 pegawai dan 30 lain-lain pangkat. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah ramah mesra Pegawai Memerintah, gotong royong membersihkan kawasan penempatan dan mengecat bangunan.

Pegawai Sedang Memotong Rumput.

Anggota Mengecat Bangunan Rumah Warga Tua

Pegawai Memerintah Beramah Mesra Bersama Warga Rumah Tua.

Sumbangan Kepada Rumah Warga Tua Yang Disampaikan Oleh Pegawai Memerintah

Sebahagian Pegawai dan Anggota Yang Terlibat Dengan Program Jiwa Murni Ini.