BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Ragaan Utama Pasukan

Ragaan Utama 22 RAMD merupakan 'Sebilah Keris' yang diapit 'Rebana Ubi'. Keris melambangkan kepahlawanan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Rebana Ubi ialah satu alat muzik Melayu. Keris yang diapit Rebana Ubi tersebut mempunyai erti yang mendalam dalam hubungan tentera dan rakyat. Rakyat Negeri Sembilan yang dilambangkan sebagai Rebana Ubi sentiasa memberi tiupan semangat kepada pahlawan-pahlawan daripada batalion ini. Ia juga melambangkan betapa intimnya hubungan rakyat dengan warga batalion tersebut semasa mereka bertugas di Negeri Sembilan.

Ragaan ini telah dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada Lt Kol Fadzil bin Mokhtar pada tahun 2000 sebagai menghargai jasa batalion ini yang telah berkhidmat selama 14 tahun di Negeri Sembilan. Ianya dibuat daripada perak dengan kos semasa RM 4000.00.

Ragaan Utama Pasukan

No comments:

Post a Comment