BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Sunday, November 15, 2015

Eksesais Malus Amphex 2015

Pada 10 hingga 13 November 2015, Eksesais Malus Amphex 2015 telah dilaksanakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Latihan bersama yang telah dilaksanakan bagi tahun kedua ini menyaksikan pertemuan di antara pasukan 22 RAMD dan 15th MEU. Eksesais Malus Amphex 2015, dimulakan dengan latihan penyesuaian pendaratan Amfibi oleh pasukan 15th MEU dan juga penglibatan daripada kompeni Bravo 22 RAMD. Antara pengisian aktiviti di dalam Malus Amphex 2015 ialah perkongsian Ilmu Ikhtiar Hidup yang mana anggota 15th MEU diberikan penerangan dan tunjuk ajar berkaitan ilmu-ilmu di dalam hutan tropika. Pada acara kemuncak Eksesais Malus Amphex 2015, serangan hasil gabungan bersama pasukan 22 RAMD yang mewakili ATM dan 15th MEU mewakili USMC. Pendaratan ke pantai dengan bantuan pengangkutan khas, 10 buah AAV, serangan terus dilancarkan terhadap kubu-kubu sekitar persisiran pantai. Latihan akhir ini turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama dan Komander 15th MEU selaku tetamu kehormat.
Majlis Perasmian Eks Malus Amphex 2015 yang di rasmikan oleh Lt Jeneral Dato’ Sri Haji Sabri bin Adam bertempat di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, Sabah
      
Suasana kawasan latihan serangan akhir latihan Amfibi, dentuman tembakan 
dan letupan senjata api adalah sebahagian daripada senario yang dipamerkan

Penerangan berkaitan peralatan ikhtiar hidup gabungan pasukan 22 RAMD dan 10 RRD
 yang disampaikan oleh Kapt Redzuan bin Mashor

Gandingan antara pasukan 22 RAMD dan 15th MEU ketika melaksanakan Operasi Serangan 
sebaik mendarat di Pantai Kg Tanduo 
  
Anggota 22 Ramd dan USMC bermain Bola Sepak Pantai bagi mengeratkan lagi hubungan di antara anggota

Anggota Mortar 22 RAMD menunjukan cara menembak mortar sambil di perhatikan oleh Anggota USMC

Pegawai Memerintah 22 RAMD memberikan cenderakenangan kepada Ketua Kompeni USMC
 sebagai tanda kenangan latihan bersama pasukan 22 RAMD

Saturday, November 7, 2015

Program Kaya Budi Peringkat Mk AT 450

Pada 5 hingga 7 November 2015, Program Kaya Budi peringkat MK AT 450 telah diadakan di Kem PLKN Bagai Budi Sandakan. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari, seramai 89 peserta telah hadir dalam program tersebut. Sepanjang Program tersebut dijalankan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Explore Race, Kelas Pengajian Isi Rumah, dan sukan. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara ahli BAKAT di bawah naungan MK AT 450. Kemuncak Program Kaya Budi Peringkat MK AT 450 adalah penyampaian sijil kepada ahli BAKAT yang terlibat, penyampaian sijil tersebut di sempurnakan oleh Datin Zaubidah binti Mohd Zaid, Pengerusi BAKAT MK AT 450. 

Pegerusi BAKAT 5 BGD, Datin Siti Rosma Jalina binti Hj Abdul Rahman dan 
diiringi Pegerusi BAKAT  22 RAMD mendengar taklimat Program Kaya Budi 

Aktiviti Explore Race yang diadakan di Rainforest Discovery Centre 

Peserta didedahkan dengan permainan tradisional iaitu Permainan Galah Panjang 

Ketibaan Pengerusi BAKAT MK AT 450 di majlis makan malam yang di adakan di Dewan Serbaguna 22 RAMD dan 
di sambut dengan tarian tradisional negeri sabah “Tarian Mengalai”

 Majlis makan malam yang bertemakan Flora dan Fauna memeriahkan lagi suasana majlis makan malam 
dan persembahan lakonan oleh ahli BAKAT

 Pengerusi BAKAT MK AT 450 menyampaikan hadiah kepada pemenang pakaian bertemakan Flora dan Fauna