Pada 10 hingga 13 November 2015, Eksesais
Malus Amphex 2015 telah dilaksanakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Latihan bersama yang telah dilaksanakan bagi tahun kedua ini menyaksikan
pertemuan di antara pasukan 22
RAMD dan 15th MEU. Eksesais Malus Amphex 2015, dimulakan dengan latihan
penyesuaian pendaratan Amfibi oleh pasukan 15th MEU dan juga penglibatan
daripada kompeni Bravo 22 RAMD. Antara pengisian aktiviti di dalam Malus Amphex
2015 ialah perkongsian Ilmu Ikhtiar
Hidup yang mana anggota 15th MEU diberikan penerangan dan tunjuk ajar
berkaitan ilmu-ilmu di dalam hutan tropika. Pada acara kemuncak Eksesais Malus
Amphex 2015, serangan hasil gabungan bersama pasukan 22 RAMD yang mewakili ATM
dan 15th MEU mewakili USMC. Pendaratan ke pantai dengan bantuan pengangkutan
khas, 10 buah AAV, serangan terus dilancarkan terhadap kubu-kubu sekitar
persisiran pantai. Latihan akhir ini turut disaksikan oleh Panglima Angkatan
Bersama dan Komander 15th MEU selaku tetamu kehormat.
Majlis Perasmian Eks Malus Amphex 2015 yang di rasmikan oleh Lt Jeneral Dato’ Sri Haji Sabri bin Adam bertempat di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, Sabah
Suasana
kawasan latihan serangan akhir latihan Amfibi, dentuman tembakan
dan letupan
senjata api adalah sebahagian daripada senario yang dipamerkan
Penerangan berkaitan peralatan ikhtiar hidup gabungan pasukan 22 RAMD dan 10 RRD
yang disampaikan oleh Kapt Redzuan bin Mashor
Gandingan antara pasukan 22 RAMD dan 15th MEU ketika
melaksanakan Operasi Serangan
sebaik mendarat di Pantai Kg Tanduo
Anggota 22 Ramd dan USMC bermain Bola Sepak Pantai
bagi mengeratkan lagi hubungan di antara anggota
Anggota
Mortar 22 RAMD menunjukan cara menembak mortar sambil di perhatikan oleh Anggota USMC
Pegawai
Memerintah 22 RAMD memberikan cenderakenangan kepada Ketua Kompeni USMC
sebagai
tanda kenangan latihan bersama pasukan 22 RAMD
Vimeo | VideoDl | Videosl, Credits | Vimeo
ReplyDeleteView Vimeo, the world's largest independent source download youtube videos to mp3 for video and visual effects, set up to document the vidosphere of digital and social media.