BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Sunday, February 21, 2016

Send Off Tim STTD Di Lapangan Terbang Sandakan

Pada 21 Feb 16, bertempat di Lapangan Terbang Sandakan warga 22 RAMD berkumpul bagi menghantar 1 x seksyen daripada Kompeni Bravo yang terpilih mewakili 5 Briged ke pertandingan Seksyen Tempur Tentera Darat yang di adakan di sekitar daerah Mentakab Pahang. Seramai 8 x anggota 22 RAMD yang terlibat diketuai oleh 1150977 Kpl Shahrul bin Paiman, memikul tanggungjawab yang berat dengan harapan dapat mengharumkan nama pasukan di peringkat yang lebih tinggi. Semasa di Lapangan Terbang Sandakan, Pegawai Memerintah 22 Ramd Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin sempat memberikan suntikan  semangat kepada anggota yang terlibat agar berjaya dalam pertandingan tersebut. 

Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin bersalaman dengan anggota Tim STTD

Penghantaran Tim STTD diiringi anggota Tambor pasukan 22 RAMD

Warga 22 RAMD bersalaman dengan Tim STTD

Saturday, February 20, 2016

Lawatan Ulung Panglima 5 Briged Ke Pasukan

Pada 19 Feb 16, pasukan telah menerima Lawatan Ulung Panglima Briged Ke-5 Ifantri yang baru Brig Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Mohd Anuar bin Rijaludin dan Pengerusi Bakat 5 Briged Datin Siti Rosma Jalina binti Hj Abdul Rahman ke Kem Sri Kinabatangan, Sandakan Sabah. Semasa lawatan beliau ke pasukan, beliau sempat meluangkan masa berjumpa bersama anggota 22 RAMD bertempat di Dewan Serbaguna 22 RAMD. Dalam ucapan beliau semasa perjumpaan dengan anggota 22 RAMD, beliau banyak menitik beratkan keselamatan anggota dalam melaksanakan tugas di Kem mahu pun semasa melaksanakan Operasi. Selain itu juga, beliau melawat bilik bujang kompeni bantuan yang terbakar akibat litar pintas. Di kesempatan itu juga, Pengerusi Bakat 5 Briged melawat isteri anggota di Hospital Duchees Of Kent, Sandakan. 
 Kumpulan Kawad Kawalan memberi hormat kepada Panglima 5 briged bertempat di Balai Pengawal 22 RAMD

 Perjumpaan Panglima 5 Briged bersama anggota 22 RAMD dan Team STTD di Dewan Serbaguna 22 RAMD

 Pegawai Memerintah mengiringi Panglima 5 Briged melawat tapak kebakaran Bilik Bujang Kompeni Bantuan

Perjumpaan Ahli Bakat bersama Pengerusi Bakat 5 Briged bertempat di Rumah Bakat Pasukan 22 RAMD