BERJUANG TERUS BERJUANG

BERJUANG TERUS BERJUANG

Friday, February 28, 2014

Perbarisan Sempena Hari Tentera Darat Ke 81

Tanggal 1 Mac seluruh warga Tentera Darat menyambut Hari Tentera Darat yang Ke 81. Pasukan ini juga mengambil kesempatan tersebut dengan melaksanakan perbarisan serta bacaan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat di Markas Taktikal 22 RAMD, Keningau Sabah. Perutusan Panglima Tentera Darat telah dibaca oleh Pegawai Memerintah iaitu Leftenan Kolonel Asri bin Shukor. Pada perbarisan ini juga turut diadakan pemakaian pangkat PTT Kanan iaitu SSjn Karim bin Awang Kechik yang telah dinaikkan pangkat kepada Pemangku Pegawai Waren 2. Perbarisan disertai oleh 5 peg dan 50 orang anggota LLP yang diketuai oleh Mej Nur Iswadi bin Abd Razal. Ajutan perbarisan adalah Kapt Wan Mohd Safuwan bin Wan Sabarudin  manakala SMR perbarisan adalah PW 1 Salman bin Ibrahim.


Ketua Perbarisan Melapor Kepada Pegawai Memerintah


Pemeriksaan Perbarisan Oleh Pegawai Memerintah


Pemakaian Pangkat PTT Kanan


Pegawai Memerintah Membaca Perutusan Panglima Tentera Darat

Wednesday, February 26, 2014


Pada 18 Januari 2014,  upacara serah terima tugas Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD telah diadakan di Markas Taktikal 22 RAMD, Kem Bn 507 (AW) Keningau, Sabah. Upacara tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah 22 RAMD iaitu Lt Kol Asri bin Shukor. Upacara dimulakan dengan lagu pasukan dan seterusnya menandatangni Nota Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD antara mantan Penolong Pegawai Memerintah iaitu Mej Muzapar bin Abu Mansor dengan Mej Shahrudin bin Hassan. 
Mej Muzapar bin Abu Mansor akan bertukar ke Markas 5 Bgd menjawat jawatan PS 2 Latih. Turut diadakan pada majlis ini adalah pemakaian pangkat Koperal ke Pemangku Sarjan iaitu PSjn Halim bin Abdulah. 



Mantan Pen Peg Memerintah dan Pen Peg Memerintah Yang Baru
Menandatangani Nota Serah Terima Tugas.


Pemakaian Pangkat Pemangku Sarjan Kepada PSjn Halim bin Abdullah.