Pada 03 Oktober 2015, Program
Jiwa Murni telah diadakan di Pulau Danawan. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan penduduk kampung dengan pasukan keselamatan. Jenis-jenis
bantuan yang diberikan adalah bantuan dari
segi perubatan, pergigian dan berkhatan. Sepanjang Program Jiwa Murni dilaksanakan seramai 24 orang kakitangan Pasukan Keselamatan dan juga
kakitangan Hospital Semporna telah terlibat dalam program tersebut. Selain itu
juga, Program Jiwa Murni ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Bn
ke-22 RAMD Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin. Program Jiwa Murni ini mendapat perhatian
daripada penduduk kampung kerana di Pulau Danawan tidak terdapat kemudahan awam
seperti Klinik Desa dan jauh dari Pekan Semporna. Dengan adanya program-program seperti ini dapat
membantu penduduk kampung yang masih ramai ketinggalan dalam arus pemodenan.
Apabila program ini diadakan, kita juga dapat meramalkan masih ramai penduduk
yang mengalami kesempitan hidup sehinggakan mereka tidak mampu untuk membeli
ubat dan juga menerima rawatan di Klinik.
Program
Jiwa Murni yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 22 Ramd
Lt Kol Md
Hanafi Bin Shamsudin
No comments:
Post a Comment