Pada 18 Januari 2014,
upacara serah terima tugas Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD telah diadakan di Markas
Taktikal 22 RAMD, Kem Bn 507 (AW) Keningau, Sabah. Upacara tersebut telah
disaksikan oleh Pegawai Memerintah 22 RAMD iaitu Lt Kol Asri bin Shukor.
Upacara dimulakan dengan lagu pasukan dan seterusnya menandatangni Nota Serah
Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD antara mantan Penolong Pegawai Memerintah iaitu Mej
Muzapar bin Abu Mansor dengan Mej Shahrudin bin Hassan. Mej Muzapar bin Abu Mansor akan bertukar ke Markas 5
Bgd menjawat jawatan PS 2 Latih. Turut diadakan pada majlis ini adalah
pemakaian pangkat Koperal ke Pemangku Sarjan iaitu PSjn Halim bin Abdulah.
|
Mantan Pen Peg Memerintah dan Pen Peg Memerintah Yang Baru Menandatangani Nota Serah Terima Tugas. |
|
Pemakaian Pangkat Pemangku Sarjan Kepada PSjn Halim bin Abdullah. |