Pada 10 Julai 2015, Seramai 3 Pegawai dan 42
anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mej Zuliadi bin
Mail terlibat dalam perbarisan Serah Terima Tugas Operasi Pasir Sektor Selatan
Siri 3/2015 diantara Pegawai Memerintah 22 RAMD dan Penolong Pegawai Memerintah 7 RAMD
bertempat di Markas Taktikal Kem Sri Wangsa, Semporna. Pegawai Memerintah 22 RAMD
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan 7 RAMD kerana berjaya menamatkan
Operasi Pasir Sektor Selatan dengan jayanya. Beliau juga berjanji akan
meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya bagi memastikan
perairan Semporna berada dalam keadaan selamat dari segala
ancaman penceroboh. Acara diteruskan dengan menandatangani Nota Serah
TerimaTugas Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015 disaksikan oleh Komander Angkatan Tugas
Bersama 2, Laksamana Pertama Syed
Zahrul Putra bin Syed Abdullah.
Pegawai Memerintah 22 RAMD,
Lt Kol Md Hanafi bin Shamsudin sedang menandatangani
Nota
Serah Menyerah Tugas Operasi Pasir
Sektor Selatan Siri 3/2015
Penolong Pegawai
Memerintah 7 RAMD
menyerahkan Nota Serah Terima Tugas
kepada
Pegawai memerintah 22 RAMD
Pegawai Memerintah 22 RAMD,
Lt Kol Md Hanafi Bin
Shamsudin sedang tabik hormat