Pada 28
September 2015, Panglima
Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj
Mokhtar telah melawat ke kawasan Operasi Pasir Sektor Selatan Siri 3/2015. Semasa lawatan tersebut, beliau
menyatakan harapan supaya menjalankan tugas dengan berhemah agar
organisasi tentera darat disegani. Beliau juga, mengucapkan tahniah kepada
Pegawai Memerintah kerana berjaya menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dalam
menangani isu-isu di perairan Semporna. Turut mengiringi lawatan tersebut,
Panglima 5 Briged, Brig Jen Dato’
Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin.
Selain itu, Panglima Medan Timur TD juga telah
melawat ke kawasan tanggungjawab iaitu di Pulau Bohayen dan Pulau
Pandanan. Dikesempatan itu juga,
beliau telah berjumpa dan beramah mesra dengan
anggota 22 RAMD dan 8 RRD (Para) di
Pulau Pandanan.
Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj
Mokhtar menandatangani buku lawatan
Gambar kenangan anggota bersama Panglima Medan Timur Tentera Darat
Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj
Mokhtar melawat Kg Bangau-Bangau