Pada 23
hingga 25 Mac 2016, Bakat 22 RAMD menerima lawatan Pegerusi dan Ahli Jemaah
Tertinggi Bakat Darat. Seramai 15 orang Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat yang
turut serta lawatan yang julung kali diadakan di Bn Ke-22 RAMD, Kem Sri
Kinabatangan, Sandakan Sabah. Pelbagai program telah diadakan bagi memenuhi
aktiviti semasa lawatan antaranya Majlis Berbeku, melawat anggota kemalangan 3
Ton, melawat anak anggota yang kurang upaya, minum petang dan riadah di Rainforest
Discovery Centre (RDC). Lawatan tersebut merupakan kenangan yang amat besar
buat Bakat 22 RAMD kerana menjadi pilihan sebagai tuan rumah sempena lawatan
Pengerusi dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat.
Majlis Berbeku yang diadakan sempena lawatan Pengerusi
dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat
Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat
menyampaikan sumbangan kepada anggota
yang terlibat dalam kemalangan Trak 3 Ton
Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin
bermesra dengan adik Qistina
Minum petang di English Teh House
Pengerusi Bakat 22 RAMD bersama Pengerusi
dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat
Bergambar kenangan Pengerusi Bakat 22 RAMD bersama Pengerusi
dan Ahli Jemaah Tertinggi Bakat Darat di Sepilok (Pusat
Pemulihan Orangutan)