Bertempat
di Kem Sri Wangsa Semporna, pada 4 Okt 16 Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai
Memerintah telah diadakan
semasa pasukan sedang melaksanakan Op Pasir Selatan Siri 4/2016. Serah Terima Tugas diantara Lt Kol Md Hanafi
bin Shamsudin dan Lt Kol Adam Buqhary bin Amzah selaku Pegawai Memerintah yang
baru dan disaksikan oleh
Panglima 5 Briged Brig Jen Dato’ Pahlawan Haji Mohd Anuar Bin Rijaludin. Semasa
mantan Pegawai Memerintah memberi ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih
kepada seluruh warga 22 RAMD di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan
semasa beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah 22 RAMD. Beliau juga
mengambil kesempatan dalam ucapan terakhirnya, supaya anggota 22 RAMD dapat membantu Pegawai Memerintah yang
baru dalam menjadikan pasukan 22 RAMD sebagai sebuah pasukan yang cemerlang dan disegani. Selain itu juga, beliau berpesan supaya anggota menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan telus di dalam Op Pasir Selatan Siri
4/2016.
Penyerahan Tongkat Kuasa di antara Lt Kol Md Hanafi bin
Shamsudin dan
Lt Kol Adam Buqhary bin Amzah
Ucapan Pegawai Memerintah Semasa Perbarisan Serah Terima
Tugas Diadakan
Acara
Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah