Pada 4
Julai 16, Majlis Berbuka Puasa bersama Panglima Tentera Darat telah diadakan
bertempat di Masjid As-syakirin Kem Sri Kinabatangan, Sandakan Sabah. Walaupun
sibuk dengan pelbagai tugas dan persiapan Hari Raya bersama keluarga, YM
sanggup meluangkan masa bersama anggota yang tidak dapat beraya bersama
keluarga di kampung halaman kerana menjaga keamanan perairan antarabangsa dan
sempadan. Berkesempatan itu juga, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pasukan dan pasukan yang
sedang menjalankan operasi di sandakan. Dalam ucapan yang disampaikan YM
menitik beratkan keselamatan anggota semasa melaksanakan tugas walaupun jauh
dari keluarga tersayang. Panglima Medan Timur, Lef Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj
Mokhtar turut hadir dalam Majlis Berbuka Puasa warga tentera darat di Sandakan.
Keserderhanaan YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi
bin Raja Mohamed Noor (PTD)
Berbuka Puasa Bersama Anggota 3 RS
YM Jen Tan Sri Raja mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
Menyampaikan Sumbangan Duit Raya kepada Adik Qistina Thihani
Ucapan Yang Disampaikan Oleh YM Jen Tan
Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin
Raja Mohamed Noor Menandatangani Buku Lawatan Sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid
As-Syakirin Kem Sri Kinabatangan
No comments:
Post a Comment